Thursday, 6 May 2010

i love my orchid






Sudah lama aku tidak membelai orkid-orkidku...agaknya itu sebab mereka merajuk tak mau berbunga....apa nak buat aku lebih suka membelai keyboard2 laptop ni...rindunya aku dengan kuntuman orkid ku.....dulu ayah anak2ku suka membelikan orkid untuk dijadikan koleksi...pernah pasu orkid ku mencecah lebih 100 pasu..tapi kini hanya tinggak dalam 20 pasu saja....ini semua dulu bila aku mula belajr kebanyakka n orkid itu tinggal arwah...antara arwah2 orkidku yg aku sempat ambil gambarnya....adalah dibawah ni....orkid2 yang masih panjang umurnya masih ada didepan rumahku...akanku pujuk mereka agar berbunga...

Thursday, 7 January 2010

Pagi Jumaat yang indah

dec 2009
jan 2009
( huwaaaaaaaaaaaa...apa dah jadi dengan aku...diet memang kena diet.....)


Wahhh...hari ni bermula dengan indah sekali..mungkin semalam suatu yg terbenam dibenak hatiku terlerai....salahfaham dengan seseorang yang amat rapat dengan kita akan menjadikanm hari kita kelabu dan berdebu...hari ini tidak seperti semalam semalam aku memulakan hari kerja dengan titisan air mata...pagi aku mulakan hariku dengan senyuman menguntum dibibir...masuk kelas BACC 2..aku mengajar Prinsiples of marketing...surprised me...budak2 ni rupanya my x studen las sem...wah...bagusnyer depa...dar sem 3 diploma lompat terus sem 2 degree accounting,,disebabkan CGPA result 3 sem berturut2 more than 3.0....Rasa mcm nak peluk jer depa ni...depa pun sama...terkejut...aku suka mereka kerana half of their class get A for Principle of Managment sem lepas...dan aku amat berharap all of this class will score A for marketing....

Induction set pagi automatik datang...aku suh depa promote/ introduce theri frens to me....is like promoting a product..apa lagi gamat lar kelas...heheheheh

May this class motivate me and make me happy for the whole semester....i love my students....

Tuesday, 4 August 2009

Antara kerja dan rumahtangga

Sudah sekian lama blog kesayangan ini ku tinggalkan...kesibukan hidup menjadikan aku seorang yang bukan puitis dan pemikir....Kesibukan sinonim dengan kebendaaan..itulah tanggapan ku...selalunya orang sibuk kerana cari wang....materialistik..Adakah materialistik itu tidak baik...bagiku wang bukan segala-galanya...tapi segala-galanya perlukan wang.....orang yang materialistik akan berusaha dan bekrja keras....

...Ahaaa...sekarang ni aku bekerja keras untuk menyiapkan rumah yg selesa lengkap utk anak..agar depa rasa bertuahnya punya mama seperti aku.....Perubahan yang mendadak sejak umurku berada 40 aku suka sangat berada dirumah.......ada saja kerja nak dibuat dirumah.....baru terasa indahnya dunia ku sebagai wanita dan ibu.......Yang aku belum belajr dan fokus adalah dunia kuih muih dan membuat kek dan biskut.....tak per selepas semua peralatan dapur ku lengkap..sudah pasti bidang buat biskut raya ni akan ku explore...

Kalau nak tau hobi aku ialah megemas dan membersih ....masa lapang yang terluang inilah kerja aku...dari dapur ke bilik ke ruang tamu hingalah di garaj.....mood untuk menjadikan rumah ku bersih dan rapi begitu membius...maybe rumah sendiri...beginilah..agaknya...byk gambar dapur telah ku ambil tapi ada masalah dgn USB...nanti2 akan ku kongsi di blog ini...maybe akan ku beri tajuk my sweet kitchen...dan boleh lah berkongsi resepi2 masakan untuk anak2....my kids
latest favourite food

Aima=bubur caca dan mee bandung
Aida=cendawan goreng berempah
Paan Boy= Nasi goreng Pataya dan
Faqar= Macoroni goreng
Anis= Sambal ayam,

Minat mereka ni akan berubah kalau dah selalu dihidangkan menu2 ini....
isyaaalah..... akan ku explore new menu yang akan menjadi kegemaran my 5 kids....

Wednesday, 24 June 2009

Tinta merah ku

Tinta merahku...
kini berwarna ungu
Bait-bait puisiku
tidak seindah dulu

Merenung ke laut
terasa masinnya airmu
menatap langit
terasa bahangnya mentari

Wahai mentari
terik manapun cahyamu
Aku tetap Ingin terbang kepadamu
kerana aku tahu
kau adalah sumber tenaga
menerangi hidupku
dan mewarna tintaku...

Thursday, 4 June 2009

Yang Berharga Dalam Hidupku

Aku dan adik bongsu ku.....muka ada mcm adik bradik tak...Kakak dia tak pakai make up---kalau pakai mesti lebih dari CT kannnnnnnnnnnn...
Anak-anak Moly..yang kanan dah meninggal..tinggal yang kiri yang nama Yiing Yang..

Ini sikembar ...rindunyer mama dengan aima and aida ni...kat kampung baru seminggu tapi rindunyerrrrrrrrrrr...

Faqar....hermmmmmmm...umur 12 tahun tapi dah berani protes or komen Mama macam2...Nanti bila besar baru lah Faqar tau masalah orang dewasa/rumahtangga...



Ini pulak buah hati pengarang antung yang mulutnya tak berhenti bertanya...lemasss nak awab...buat-buat tidurrr taktik menyelamatkan keadaan....Ada ker dia tanya ..Tuhan boleh melihatkan Ma...so I jawablah yaaa...peh tu tanya lagi..Mata Tuhan tu berapa yer maaa...letak kat mana...kalau dia boleh tengok semua.....toingggggggggggggg....issshhhhhhhh...apa aku nak dijawab niiiiiiiiii....anak-anak zaman sekarangggg...



Tuesday, 3 February 2009

Dataran Sains SMK Sultan Alauddin

Fern Garden
Mural dan Koleksi Pokok Bunga Lili


Mas Cotek



Misai kucing





Koleksi kaktus-pelajar dan guru menyumbangkan benih kaktus







Model Basic of Telephone...pelajar dan anak-anak guru suka mencuba






..idea ini saya dapat selepas balik dr perkampungan anak angkat Pusat Sains Negara












Formation of Sound....the length of cylinder effect the sound form
Lepas cuti sekolah taman herba saya macam hidup segan mati pun mau












SUka tengok ubi pokok ini..macam sengkuang-Temu badak
PH colour.pelajar berpeluang mengingat semasa berbaris sebelum masuk lab







Kerusi set Simen pero ..saya tempah dengan harga rm380 satu set





Tulisan yang tergantung adalah konsep-konsep sains yang penting

Asalnya kolam ni ada air terjun dibuat dari water filter dari rumah yang dah rosak.tapi semasa makmal diubah suai pekerja kontrak terpecahkan dia terkena kayu. Disini kumpulan pokok keladi diletakkan.








Taman orkid....gambar diambil lepas cuti panjang.tak segar sangat coz masa cuti saya tak der disekolah...sibuk di KL. Arca KLCC itu dibina oleh saya sendiri dan suami saya pd tahun 2006. Saya namakannya..Stability










Dataran Sains ini diusahakan sejak tahun 2005. Saya begitu terpanggil untuk membina Taman Sains ini kerana saya nak lepaskan gian berkebun. Setelah 2 tahun cuti belajar aktiviti "gardening" dirumah saya tinggalkan.Berpuluh-puluh pasu orkid saya mati terbiar.Sedih juga tapi masa tu saya terpaksa tinggal di apartment guru tingkat 3 setelah berpindah dari rumah pengetua(warden) yang telah saya duduki sejak 1998.BUnga-bunga orkid saya mati disebabkan sukar untuk mendapatkan bekalan air. Dengan itu untuk melepaskan kegilaan gardening saya pun memulakan taman sains ini Untuk tahun pertama taman sains ini menggunakan anak-anak benih sumbangan guru-guru dan pelajr. Taman sains ini terdiri dari Taman Orkid, Taman Herba, Taman Paku Pakis, Taman Kaktus dan Taman keladi. Disamping itu mural yang berkonsepkan fakta-fakta sains juga dilukis didinding luar makmal. Model-model yang menerangkan konsep sains juga di bina disini bagi memberi kefahaman pelajar dalam konsep tersebut.Walaupun dataran ini tidak seluas mana tetapi saya dapat menggunakan ruang dengan baik.