Sudah sekian lama blog kesayangan ini ku tinggalkan...kesibukan hidup menjadikan aku seorang yang bukan puitis dan pemikir....Kesibukan sinonim dengan kebendaaan..itulah tanggapan ku...selalunya orang sibuk kerana cari wang....materialistik..Adakah materialistik itu tidak baik...bagiku wang bukan segala-galanya...tapi segala-galanya perlukan wang.....orang yang materialistik akan berusaha dan bekrja keras....
...Ahaaa...sekarang ni aku bekerja keras untuk menyiapkan rumah yg selesa lengkap utk anak..agar depa rasa bertuahnya punya mama seperti aku.....Perubahan yang mendadak sejak umurku berada 40 aku suka sangat berada dirumah.......ada saja kerja nak dibuat dirumah.....baru terasa indahnya dunia ku sebagai wanita dan ibu.......Yang aku belum belajr dan fokus adalah dunia kuih muih dan membuat kek dan biskut.....tak per selepas semua peralatan dapur ku lengkap..sudah pasti bidang buat biskut raya ni akan ku explore...
Kalau nak tau hobi aku ialah megemas dan membersih ....masa lapang yang terluang inilah kerja aku...dari dapur ke bilik ke ruang tamu hingalah di garaj.....mood untuk menjadikan rumah ku bersih dan rapi begitu membius...maybe rumah sendiri...beginilah..agaknya...byk gambar dapur telah ku ambil tapi ada masalah dgn USB...nanti2 akan ku kongsi di blog ini...maybe akan ku beri tajuk my sweet kitchen...dan boleh lah berkongsi resepi2 masakan untuk anak2....my kids
latest favourite food
Aima=bubur caca dan mee bandung
Aida=cendawan goreng berempah
Paan Boy= Nasi goreng Pataya dan
Faqar= Macoroni goreng
Anis= Sambal ayam,
Minat mereka ni akan berubah kalau dah selalu dihidangkan menu2 ini....
isyaaalah..... akan ku explore new menu yang akan menjadi kegemaran my 5 kids....
Tuesday, 4 August 2009
Wednesday, 24 June 2009
Tinta merah ku
Tinta merahku...
kini berwarna ungu
Bait-bait puisiku
tidak seindah dulu
Merenung ke laut
terasa masinnya airmu
menatap langit
terasa bahangnya mentari
Wahai mentari
terik manapun cahyamu
Aku tetap Ingin terbang kepadamu
kerana aku tahu
kau adalah sumber tenaga
menerangi hidupku
dan mewarna tintaku...
kini berwarna ungu
Bait-bait puisiku
tidak seindah dulu
Merenung ke laut
terasa masinnya airmu
menatap langit
terasa bahangnya mentari
Wahai mentari
terik manapun cahyamu
Aku tetap Ingin terbang kepadamu
kerana aku tahu
kau adalah sumber tenaga
menerangi hidupku
dan mewarna tintaku...
Thursday, 4 June 2009
Yang Berharga Dalam Hidupku




Sunday, 15 February 2009
Tuesday, 3 February 2009
Dataran Sains SMK Sultan Alauddin



Misai kucing

Model Basic of Telephone...pelajar dan anak-anak guru suka mencuba
..idea ini saya dapat selepas balik dr perkampungan anak angkat Pusat Sains Negara
Formation of Sound....the length of cylinder effect the sound form
Lepas cuti sekolah taman herba saya macam hidup segan mati pun mau
SUka tengok ubi pokok ini..macam sengkuang-Temu badak
PH colour.pelajar berpeluang mengingat semasa berbaris sebelum masuk lab
Tulisan yang tergantung adalah konsep-konsep sains yang penting

Asalnya kolam ni ada air terjun dibuat dari water filter dari rumah yang dah rosak.tapi semasa makmal diubah suai pekerja kontrak terpecahkan dia terkena kayu. Disini kumpulan pokok keladi diletakkan.

Taman orkid....gambar diambil lepas cuti panjang.tak segar sangat coz masa cuti saya tak der disekolah...sibuk di KL. Arca KLCC itu dibina oleh saya sendiri dan suami saya pd tahun 2006. Saya namakannya..Stability
Dataran Sains ini diusahakan sejak tahun 2005. Saya begitu terpanggil untuk membina Taman Sains ini kerana saya nak lepaskan gian berkebun. Setelah 2 tahun cuti belajar aktiviti "gardening" dirumah saya tinggalkan.Berpuluh-puluh pasu orkid saya mati terbiar.Sedih juga tapi masa tu saya terpaksa tinggal di apartment guru tingkat 3 setelah berpindah dari rumah pengetua(warden) yang telah saya duduki sejak 1998.BUnga-bunga orkid saya mati disebabkan sukar untuk mendapatkan bekalan air. Dengan itu untuk melepaskan kegilaan gardening saya pun memulakan taman sains ini Untuk tahun pertama taman sains ini menggunakan anak-anak benih sumbangan guru-guru dan pelajr. Taman sains ini terdiri dari Taman Orkid, Taman Herba, Taman Paku Pakis, Taman Kaktus dan Taman keladi. Disamping itu mural yang berkonsepkan fakta-fakta sains juga dilukis didinding luar makmal. Model-model yang menerangkan konsep sains juga di bina disini bagi memberi kefahaman pelajar dalam konsep tersebut.Walaupun dataran ini tidak seluas mana tetapi saya dapat menggunakan ruang dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)